Qurban 1440/2019 kali kelapan.

Sejak 8 tahun lalu kami sudah memulakan inisiatif menghantar bantuan dan qurban ke wilayah konflik di Asean dan di beberapa negara konflik yang lain dengan apa yang terdaya.

Kali ini kami menyeru agar pihak penderma dan pihak yang berhajat untuk qurban mengubungi pihak kami seperti pada poster ini.

Semoga Allah menerima amal kita semua. Kepada beberapa pihak yang ingin bekerjasama maka kami amat mengalu-alukannya. Mungkin kelab motor besar atau 4×4 mahu bersama kami amat menghargainya.

 

Rakyat Syria masih belum terbela..?

Perjalanan dari Ipoh ke Kl malam ini amat lembab. Beginilah setiap kali musim cuti sekolah. Sepanjang perjalanan yg lembab ini fikiran menerawang ke beberapa persoalan hidup. Antaranya:
1. Sikap umat terhadap Syria. Mereka benar-benar terlantar. Pemimpin negara OIC yg nampak tegas dlm isu ini hanya Erdogan. Jika di Malaysia samada parti pemerintah atau pembangkang belum nampak komitmen yg serius utk rakyat Syria. Apakah kerana kurang mendapat sokongan politik jika kita berbicara soal hak manusia yg tertindas..? Sama saja di Indonesia bahkan jika dilihat dari segi jumlah penduduk Muslimnya paling ramai di dunia..tetap saja loyo..Belum ada demo besar-besaran dari lsm atau ngo di sana yg mendesak tegas agar kedutaan Rusia dan Syria dihalau..!
2. Yang saya perhatikan pemimpin umat ini jika di Malaysia, tenggelam dgn isu korupsi, pecah amanah dan penuh dgn cacat celanya di sana sini. Yang pembangkang pula berantakan dengan isu dalaman yg tidak pernah susut. Mungkin berbeda dikit dgn Indonesia tapi, hakikatnya mereka sibuk mengurus isu internal negara dan organisasi hingga nggak bisa lagi berfikir di luar dari itu semua.
3. Isu Syiah yg sangat serius hingga boleh menghancurkan sesebuah negara cair akibat lontaran idea tohmahan faham Wahabi yg sengaja diapungkan oleh kelumpuk pendokong syiah. Lalu perang dingin antara kelumpuk memanas sehingga ancaman yg tidak masuk akal. Di Aceh dan di Jawa Barat misalnya, perbezaan faham ini sudah terasa sekali panasnya. Memanas di kalangan sunni bukan memanas untuk memerangi syiah. Inilah kegagalan kita dlm melihat sesebuah permasalahan dan isu.
4. Serangan di Paris spt bom yg memusnahkan tindakan kejam Rusia, Assad, Iran dan Hizbullat terhadap rakyat Syria. Begitu juga kekejaman Israel hampir padam dari media dunia. Israel berdiri kerana dokongan siapa..? Isis berdiri kerana perancangan siapa..? Umat masih terkeliru dan dengan mudah ditipu. Musuh gunakan berbagai strategi yg diulang tetap saja dikonsumsi. Inilah kemalangan tragis buat umat ini.
5. Solusinya apa pak..? Ya perlu kembali ke meja rundingan dari pelbagai pihak dan mengambil satu resolusi. Dari peringkat tertinggi hinggalah kpd yg terendah wajib memahaminya. Jika tidak kita hentikan kekeliruan ini maka generasi akan datang akan terus mengulanginya sampai bila-bila.

Ikhlas dari meja Pengerusi MaSSSA
www.masssa2u.com
‪#‎r4peace‬

THE CONCLUSION OF THE MEETING OF NGO in ACHEH, Indonesia.

Bro and sisters please share to others ..!
THE CONCLUSION OF THE MEETING OF NGO / LSM NUSANTARA DIDAYAH DARUL MUJAHIDIN ON 4th of July 2015/17 Ramadhan 1437H

WE UNANIMOUSLY AGREED TO :
1. Demand that the embassies of Myanmar and the Myanmar embassy associates in all ASEAN countries to leave ASEAN countries,
2. We will urge the rulers of ASEAN countries to halt the issuance of work permits to Myanmar workers.
3. We will launch aggressive campaigns together with all ASEAN nations to boycott all products and trade affairs from Myanmar
4. The Government of Myanmar should recognize the status of its citizen and to stop the genocide (crimes against humanity) and inhumane treatment to ethnic Rohingya
5. The rulers of Myanmar to accept all repatriated Rohingya ethnic as the legitimate citizens of Myanmar and given full rights as their citizens.
6. To return all assets, property and land belongs to the Rohingya
7. To call all Buddhist communities in ASEAN countries to pressure the Buddhist leader and the entire Buddhist adherents in Myanmar to be just to the ethnic Rohingya
8. To urge the ASEAN Buddhist Assembly to dismiss acts of discrimination against the Rohingya
9. To give the access to the international mass media, social observers and NGO into Arakan.
10. UN, OIC and ASEAN need to take decisive actions towards Myanmar government based on the current act and future acts towards the Rohingya
11. If our demands are not fulfilled, we will call Muslims around the world to rescue our brothers in Myanmar.

GERAKAN NUSANTARA SELAMATKAN ROHINGYA (GENUSRA)
NUSANTARA MOVEMENT TO SAVE THE ROHINGYA

HASIL MESYUARAT PERTEMUAN NGO/LSM NUSANTARA DIDAYAH DARUL MUJAHIDIN PADA 4 JULAI 2015/17 RAMADHAN 1437H KAMI SEPAKAT ATAS PERKARA-PERKARA SEBAGAIBERIKUT: 1. Menuntut kedutaan besar Myanmar dan kaki tangan kedutaan Myanmar di seluruh negara Asean untuk keluar daripada Asean
2. Kami akan mendesak pemerintah Negara-negara asean untuk memberhentikan izin kerja kepada pekerja Myanmar
3. Kami akan melancarkan kempen agresif bersama semua Negara – negara asean untuk memboikot semua produk dan urusan perdagangan dari Myanmar
4. Pemerintah Myanmar perlu mengakui status warga negaranya dan memperhentikan genosida (kejahatan kemanusiaan) dan memberhentikan perlakuan yang tidak berprikemanusiaan kepada etnik Rohingya
5. Pemerintah Myanmar menerim. a kembali semua etnik Rohingya sebagai warga Negara Myanmar yang sah dan memberi hak sebagai warga Negara sepenuhnya
6. Memulangkan semua asset harta benda dan tanah kepada etnik Rohingya sebagai warga Negara
7. Menyerukan semua komunitas–komunitas budha di Asean untuk melakukan penekanan kepada pemimpin budha dan seluruh penganut budha di Myanmar untuk berlaku adil kepada etnik Rohingya
8. Mendesak pimpinan majelis Buddha di Asean untuk memberhentikan tindakan diskriminasi terhadap Rohingya
9. Membuka akses bagi media massa antarabangsa,pengamat sosial dan Ngo untuk masuk ke Arakan Myanmar bagi mendapatkan info sebenar.
10. PBB,OIC dan ASEAN perlu mengambil tindakan tegas kepada pemerintah Myanmar atas perlakuannya yang lalu dan akan datang.
Jika tuntutan kami ini tidak di laksanakan , kami akan meyeru umat islam di seluruh dunia untuk berangkat menyelamatkan saudara-saudara kami di Myanmar.

GERAKAN NUSANTARA SELAMATKAN ROHINGYA (GENUSRA)

Mustapa Mansor's photo.

Alhamdulillah, kami telah selesaikan misi iii Selamatkan Rohingya. Kami telah berangkat ke Airport Medan. Terima kasih kpd semua ngo khasnya FPI, Hilal Ahmar Jogja, Insouth Patani, Bungaraya Patani dan CMR Kemboja. !Begitu kpd media yang meliput. MaSSSA: Kita Siap Kirim Misi Penyelamatan ke Rohingya – http://www.kiblat.net/…/masssa-kita-siap-kirim-misi-penyel…/

Mustapa Mansor's photo.

Alhamdulillah, kami telah selesaikan misi iii Selamatkan Rohingya. Kami telah berangkat ke Airport Medan. Terima kasih kpd semua ngo khasnya FPI, Hilal Ahmar Jogja, Insouth Patani, Bungaraya Patani dan CMR Kemboja. !Begitu kpd media yang meliput. MaSSSA: Kita Siap Kirim Misi Penyelamatan ke Rohingya – http://www.kiblat.net/…/masssa-kita-siap-kirim-misi-penyel…/

— with Sagara Sang.

Mustapa Mansor's photo.

Semasa di Acheh kami tidak sempat untuk upload foto-foto program kerana masa yang sangat terhad. Semoga sebahagian dari foto-foto yang dapat kami paparkan di sini memberi bukti jelas bahawa misi iii Selamatkan Rohingya telah dilaksanakan. Terima kasih kepada semua yang telah membantu usaha ini sehingga selesai. 3/7 hg 7/7

 

Mustapa Mansor's photo.
Mustapa Mansor's photo.Mustapa Mansor's photo.Mustapa Mansor's photo.

Hari ini 4/7/2015, jam 8 pagi kami membahas dan membincangkan sesuatu yang sangat serius soal masa depan Rohingya..!

Mustapa Mansor's photo.
Mustapa Mansor's photo.
Mustapa Mansor's photo.Mustapa Mansor's photo.Mustapa Mansor's photo.

Misi iii Selamatkan Rohingya sudah bergerak ke Klia 2 dari Kl Sentral. Smg Allah permudahkan urusan iji..Perwakilan dari Patani dan Kemboja juga ikut serta..Jazakumullah kpd semua..@lita_skaf bantu nyetit, lll

Mustapa Mansor's photo.

SELAMAT PAGI ROHINGYA DI KEDUTAAN MYANMAR.

11163323_10206065533390380_1653630662259566200_o

dilangkawi2selamat pagi Rohingya1

Kedutaan Myanmar biadap. ! Sebarkan dan terus desak Halau Kedutaan Myanmar jika masih melakukan kekejaman kepada sdr Rohingya. Terima kasih kepada semua khasnya, Otai Reformis, ‪#‎r4peace‬,Erca, Unggas,Api,Mim,Abim, BV, MaSSSA dan para aktivis kemanusiaan. Semoga Allah menerima amal kita semua.!

11263060_10206084011692326_4502548750523330222_o
Selama 2 jam kami berada di pintu masuk Parlimen, beberapa poin yang menarik untuk direnung:
1. Pegawai penjaga dari berpaku 3 hingga tak berpaku semua ada cara sendiri dalam menentukan siapa yang boleh masuk ke Parlimen. Bagi saya ini petanda “error”.
2. Kami sempat sampaikan surat bantahan dengan keberaniaan bro Rozan Azen Mat Rasip, Nora Reformis dll ketika kereta menjalar para YB Menteri, Timbalan Menteri dan YB biasa melintas di situ. Dari 220 YB Ahli Parlimen (mungkin ada yang tidak melalui jalan itu), hanya YB. Hatta Ramly dan YB Fauziah yang turun bertemu kami. Terima kasih YB. Ada catatan untuk anda.
3. Isu kemanusiaan adalah isu kita semua. Jika ahli politik mahu mengambilnya untuk kepentingan, silakan saja. Tapi jika tidak mahu, ya itulah level anda. Kenapa anda tidak mahu belajar dari Erdogan dan PM Turki?
4. Jangan jadikan isu ini sebagai isu politik semata. Pas, Umno, Pkr, Dap dan parti-parti lain sewajarnya bersatu untuk menentukan sikap Malaysia terhadap kezaliman Myanmar terhadap Rohingya, kezaliman Siam terhadap Patani, kezaliman Asisi terhadap rakyat Mesir, kezaliman Israel terhadap Palestin, kezaliman Isis terhadap umat di Iraq Syria dan di mana saja.
5. Bersikaplah dengan hati yang jernih dan ikhlas. Masa depan negara, dunia yang aman adalah dari kita semua. Jika pemimpin malas berfikir untuk masa depan manusia dengan serius, maka jangan salahkan jika kita akan bersua dengan masa depan yang suram.
Ikhlas dari meja Pengerusi MaSSSA. www.masssa2u.com

— at Bangunan Parlimen Malaysia.

 

Oh Rohingya..!!

Selamat Pagi Rohingya..!!

cropped-11163323_10206065533390380_1653630662259566200_o.jpg

Kepada sdr sdri yang dihormati, pagi Khamis ini kita akan bertemu dengan Wakil Pemerintah Myanmar yang telah gagal menjaga keselamatan rakyatnya sendiri hingga puluhan ribu telah terkorban tanpa pembelaan dari PBB, OIC,Asean dan negara jiran. Bahkan dari informasi yang sahih, tentera Myanmar terlibat secara langsung dalam usaha pembersihan ethnik Rohingya ini sejak puluhan tahun lalu. Kejahatan jenayah seperti ini bukan lagi berlaku secara tertutup tetapi telah terbuka luas terutama apabila sdr Rohingya terpaksa meninggalkan kampung halamannya berhijrah melalui jalan laut dan darat ke Bangladesh, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Peristiwa kekejaman ini menjadi semakin panas apabila kapal-kapal yang mengangkut pelarian terdampar di pantai Aceh, Thailand dan Langkawi pada minggu lalu. Jumlahnya pula hingga mencecah 8000 orang. 2000 telah dapat mendarat tetapi masih ada 6000 lagi terumbang ambing di tengah lautan. Lebih 200 orang telah mati dan kebanyakannya kanak-kanak dan orang tua. Kami dari komuniti bertindak untuk Rohingya merayu belas ihsan dari semua agar dapat memberi desakan keras kepada pemerintah Myanmar pada hari Khamis 21/5/15 ini di kedutaan Myanmar. Kehadiran semua adalah tanda komitmen persaudaraan kita. Hentikan kekejaman secara aman atau Kedutaan Myanmar keluar dari Malaysia.Terima kasih. Sebarkan..!
Dari meja pengerusi Ma
SSSA.

Pertemuan dengan pimpinan Ikhwan Muslimin Syria.

Hadir sama dalam pertemuan dengan pimpinan Ikhwan Muslimin Syria dan beberapa Ngo Malaysia. Sedikit sedutan dari ucapan Dr. Amer Albo Salama yang sangat penting.
Revolusi Syria adalah revolusi rakyat bukan revolusi dari kelumpuk tertentu atau parti tertentu setelah puluhan tahun ditindas oleh regim Assad.
Ada 3 perkara yang dituntut oleh rakyat Syria dalam revolusi atau perjuangan mereka :
1. Keadilan dalam makna yang luas.
2. Kebebasan/hurriah. Selama berada di bawah regim Assad rakyat tidak dapat merasakan kebebasan.
3. Hak asasi manusia. Hak bersuara, hidup yang layak dan hak mencari rezqi untuk kehidupan. Regim menindas tanpa perikemanusiaan. Setelah rakyat bangkit secara aman dan regim menggunakan kekerasan sehingga tercatat:
a. Seramai 300,000 syuhada dan separuh dari rakyatnya telah menjadi pelarian.
b. Rakyat Syria boleh bersabar dgn berbagai tindakan regim. Rakyat Suria boleh bersabar kerana sejak dari awal mereka mengikuti faham wasatiah ahli sunnah melalui pengajaran ramai syeikh yang sangat terkenal di sana.
c. Kemudian regim dengan perancangan bersama Hizbullat mewujudkan ISIS utk merosakkan revolusi rakyat Syria.
Pada hakikatnya rakyat Syria telah menguasai 70 % wilayah Syria lalu IS ambil kesempatan merosakkan revolusi ini dari dalam dgn melakukan kezaliman lebih dahsyat dari Regim. Jadi rakyat Syria terhimpit di semua segi, regim dan IS. Seprti wang siling depan dan belakangnya.
Namun ideologi IS yang ganas tidak diterima oleh rakyat Syria dan insyaAllah ini semua ini akan berakhir.
Semoga rakyat Malaysia tidak terkeliru lagi dengan isu IS dan kami tidak perlukan mujahidin dari luar untuk menamatkan perjuangan kami.
Jika ada yang ingin membantu silakan bantu anak-anak yatim, makanan/minuman, ubat-ubatan dan pendidikan melalui ngo yang rasmi.

Jazakumullah bro Aiman Khairul Azzam, ust Haris, Dr. Tahir, ‪#‎mycare‬ dan ‪#‎Ikram‬ atas program semalam.

10424286_10205918638198092_8176042265926230699_n10404122_10205918638518100_1864795202580811096_n11071007_10205918637558076_7478995652106528407_n1907438_10205918636598052_4476485567853428028_n11070610_10205918636958061_8752474291456121793_ndgn irfan

#masssa2u.com