Kepada sdr sdri yang dihormati, pagi Khamis ini kita akan bertemu dengan Wakil Pemerintah Myanmar yang telah gagal menjaga keselamatan rakyatnya sendiri hingga puluhan ribu telah terkorban tanpa pembelaan dari PBB, OIC,Asean dan negara jiran. Bahkan dari informasi yang sahih, tentera Myanmar terlibat secara langsung dalam usaha pembersihan ethnik Rohingya ini sejak puluhan tahun lalu. Kejahatan jenayah seperti ini bukan lagi berlaku secara tertutup tetapi telah terbuka luas terutama apabila sdr Rohingya terpaksa meninggalkan kampung halamannya berhijrah melalui jalan laut dan darat ke Bangladesh, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Peristiwa kekejaman ini menjadi semakin panas apabila kapal-kapal yang mengangkut pelarian terdampar di pantai Aceh, Thailand dan Langkawi pada minggu lalu. Jumlahnya pula hingga mencecah 8000 orang. 2000 telah dapat mendarat tetapi masih ada 6000 lagi terumbang ambing di tengah lautan. Lebih 200 orang telah mati dan kebanyakannya kanak-kanak dan orang tua. Kami dari komuniti bertindak untuk Rohingya merayu belas ihsan dari semua agar dapat memberi desakan keras kepada pemerintah Myanmar pada hari Khamis 21/5/15 ini di kedutaan Myanmar. Kehadiran semua adalah tanda komitmen persaudaraan kita. Hentikan kekejaman secara aman atau Kedutaan Myanmar keluar dari Malaysia.Terima kasih. Sebarkan..!
Dari meja pengerusi MaSSSA.