AHLAN WASAHLAN…

 

Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia @ Malaysian Civil Society Solidarity Association

Bismillahirrahmanirrahim.

MaSSSA ditubuhkan setelah beberapa teman yang terlibat dalam beberapa misi kemanusiaan sedia bergabung menjayakannya. Antara misi kemanusiaan tersebut:

1. Freedom Flotilla pada bulan Mei 2010 – melibatkan lebih 700 relawan dari seluruh dunia menaiki kapal Mavi Marmara dari Antakia, Turki.  Kapal Racel Corie dari Ireland,  The Challenger dari Crete Greece dan beberapa kapal kecil dari Eropah menghantar bantuan ke Gaza, Palestin.

10520425_803516579682738_6777727168977339706_n

2. Misi Ramadhan I di Gaza Ogos 2010. 44 orang relawan dari Malaysia bersama sdr Palestin di Gaza semasa Ramadhan. Anjuran Mapim.

40332_137845476250795_714236_n 40332_137845492917460_7520745_n 40356_137845842917425_7943924_n 40356_137845849584091_1083078_n

3. Misi Asia Caravan Dis 2011 – Konvoi bantuan kemanusiaan dari India merentasi jalan darat ke  Syria kemudian terbang  ke Mesir dan merentasi terus ke Gaza melalui Rafah.

content_gaza-india-syria-5content_asia-gaza-salam

 

4. Misi Global March to Jeruselem Apr 2012 – Pertemuan berbagai badan dari seluruh dunia di Jordan dalam menyatakan sokongan dan hak rakyat Palestin.

10151810_400001656808807_3114309262890053113_n

 

5. Misi Radig III Ogos 2012 – 33 orang rakyat Malaysia bersama sdr Palestin di Gaza di bulan Ramadhan dan Syawal.

39650_137847512917258_3670849_n1916307_128517803850229_3420817_n

Setelah MaSSSA ditubuhkan kami melancarkan program kemanusiaan sejagat yang memberi fokus kpd wilayah konflik yang berhampiran dengan Malaysia dan Nusantara.

 Program ini kami namakan Road For Peace (# r4peace).

1. R4peace 1 berjaya dilaksanakan dari Kuala Lumpur ke  Patani, ( wilayah selatan Thailand yang mengalami penindasan terancang oleh pemerintah Thailand hingga sekarang). Dari Patani ke Bangkok dan terus ke sempadan Thailand Myanmar (Measot yang menjadi tempat perlindungan sdr Rohingya yang terpaksa melarikan diri dari regim Myanmar). Mereka tinggal di atas jalan-jalan di sekitar bandar Measot dan sebahagiannya di kem Pelarian yang dikawalselia  oleh PBB. Bantuan dapat diserahkan di bandar ini tetapi kami tidak dibenarkan untuk masuk ke Myanmar. Pengalaman musafir di bulan Ramadhan memberi pelajaran yang sangat bermakna kepada semua.

998058_10201289258506493_1838682915_n 998543_10201288915017906_1711225414_n 999507_10201289583714623_201458260_n 1000513_10201289547353714_986093815_n 1003488_10201288913457867_415213593_n 1004887_10201289186224686_610066886_n

2. Disusuli Road For Peace (R4P 2) Ogos – Sept 2013 –  menjelajah ke Mesir selepas berlakunya pembunuhan beramai-ramai di Rabaah, Kaherah ketika solat tarawikh. Setelah lapan hari di Mesir, wakil kami terus ke  Turkey dan Syria bagi menyampaikan amanat keamanan dan keadilan. Peristiwa yang sangat getir terjadi apabila wakil kami diculik oleh ISIS selama 8 jam di Idlib, Syria.

IMG_0116

IMG_0080 IMG_0081

3. Pada bulan Disember 2013 R4P 3, Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MaSSSA) telah mengorak langkah bersama dengan pelbagai Non-Government Organisation (NGO) termasuk parti politik dan badan koperat samada di Malaysia,Indonesia, Thailand dan beberapa negara di Asia mahupun Eropah menggagaskan Road For Peace III yang membawa tema WORLD FOR YOU.

banner2221

4. Misi r4p 4,  pada bulan Febr-Mac 2014 menjelajah ke seluruh Malaysia dengan mendatangkan Syeikh Abdullah Mustafa Rahhal. Direktor Yayasan Al AHBAB di Tavtanas Idlib.

logo r4p 5

5. Misi R4P 5, Misi Qurban di Patani, Bangkok, Kemboja dan Vietnam. Alhamdulillah kami sempat melaksanakannya di semua tempat kecuali Vietnam kerana masa yang terhad. InsyaAllah ditahun akan datang Vietnam dan Laos akan kita usahakan.

Program MaSSSA 2012 - 2015

6. Misi Bantuan banjir di Kelantan dan Pahang Disember 2014-2015. Dengan kerjasama dari berbagai pihak, MMDT (Masssa Management Disaster Team) berjaya mengumpul dan menyampaikan kepada mangsa banjir melebihi 155 tan bantuan. Lanjutan dari misi ini, ketua MMDT telah merancang untuk membentuk Borderless Volunteer yang berpusat di Kuala Lumpur.

Misi bantuan banjir ke Temerloh

7. R4P 6 akan dilaksanakan pada 6,7 dan 8 Mac 2015. Konvoi kemanusiaan untuk sdr Rohingya dan Uighur yang ditahan di penjara Thailand dan menghantar bantuan ke sekolah di Patani.  Perjalanan dari Kuala Lumpur, Songkla dan Patani.

Banner-MASSA

Semoga dengan gerakerja yang bersepadu dan istiqamah, hak kemanusiaan, kebajikan, keamanan dan keadilan di mana saja dapat disempurnakan dengan cara yang terbaik melalui pendekatan undang-undang yang ada.

Mustapa Mansor

Pengerusi MaSSSA@Road For Peace

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#masssa2u.com