HAK ASASI MANUSIA

IMG_0116

Deru rintihan sdr dari Iraq, Syria, Yaman, Mesir, Palestin, Arakan, Xinjiang, Kashmir, Afghanistan, Pakistan dan Patani sptnya belum cukup bererti buat kita di Malaysia dan Indonesia. Di media yg umat saksikan hanyalah tanda-tanda perpecahan. Perpecahan hanya akan menghasilkan DUA  risiko, samada dikalahkan oleh musuh atau dihambakan oleh musuh. Pilihlah di antara keduanya yg merugikan atau bersatu utk kemenangan. Allah memberi solusi terbaik buat kita dan rasulullah telah mencontohkannya buat kita. Ayuh mari kita memilih atau bersiap sedia utk ditenggelamkan..! Keluarga Firman Allah- (‘Āli `Imrān):103 – Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Janganlah kamu saling membenci, saling mendengki & saling bermusuhan, tetapi jadilah kamu hamba-hamba Allah yg bersaudara.Tidak halal seorang Muslim mendiamkan (tidak menyapa) saudaranya lebih dari tiga hari.(Muslim: 4641).

Sepatutnya kita membela sdr kita yg teraniaya di mana saja kerana mereka itu sdr kita..!!

Beberapa tindakan yang sedang dan akan terus dilaksanakan:

1. Pelarian Syria – mereka perlukan sekolah mereka di Malaysia. Bagi melaksanakannya pihak kami telah mewujudkan komiti dari sdr Syria yang berada di KL. Komiti ini akan menyiapkan proposal dan melobi semua pihak yang sudi membantu mereka.

Menurut data, pelarian Syria yang berada di Malaysia seramai 30,000 orang.

2. Keperluan hidup sangat diperlukan bagi mereka yang membawa bersama anak-anak yatim setelah ayah mereka dibunuh di Syria. Setakat ini MaSSSA secara konsistan membantu 2 keluarga syuhada. Yang pertama beranak 4 dan yang kedua beranak 2.

3. Pelarian Rohingya –  sebuah komiti Rohingya telah dibentuk dan sebuah sekolah anak-anak pelarian telah dilaksanakan sejak 2 tahun lalu.  Setakat ini sudah lebih 100 orang anak-anak Rohingya dapat bersekolah di sini. Namun mereka masih tetap perlukan bantuan dari kita semua.

4. Pelarian Palestin – komiti sudah berjalan lancar  sejak beberapa tahun lalu.

5. Pelarian Uighur – masih belum terdata dengan baik. Namun usaha sedang giat dijalankan dan pendataan juga sudah bermula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#masssa2u.com