- Struktur Organisasi IF2A
MAJLIS PENASIHAT IF2A
(Tokoh, ngo dan individu kehormat dari seluruh dunia)
MAJLIS EKSEKUTIF IF2A
Mustapa Mansor (Founder If2a dan pengerusi Majlis Eksekutif Antarabangsa)
Pengerusi IF2A Malaysia:
Sdr Muhammad Yusuf Azmi.
#If2aMalaysia
21 Dec 2017: Di pejabat beliau, Presiden Masssa sdr Mustapa Mansor telah menyampaikan amanah dari sekretariat If2a kepada sdr Muhammad Yusuf Azmi.
Kerja team adalah tuntutan syara’ sama spt solat, kerja berjemaah penuh barakah, kerja dengan kasih sayang akan berpanjangan, ayuh kita bergerak dgn keikhlasan..!
Barakallahufiikum kpd akhilkareem Yusuf Azmi sebagai ( Pengerusi If2a Makaysia yabg baru) , abang Ali dll..
Pembelaan terhadap kaum tertindas di Patani, Arakan, Syria, Yaman, Palestin, Iraq, Afghanistan dll adalah kewajipan.
Apatah lagi jika tanah warisan kita iaitu Baitulmaqdis..!
Selagi belum dibebaskan maka perlu terus diperjuangkan..Ini bukan kerja sunat tapi wajib..
Mohon disebarkan..!
wwe.masssa2u.com
www.flotilla2arakan.com
***************************************
Pengerusi IF2A Indonesia: Ust Tatan Ahmad Santana
**************************************
Pengerusi IF2A Patani: Ust Syarif
________________________________________________
Foto di atas : Adalah logo rasmi IF2A.
Sejarah kewujudan IF2A;
Jun 2015; Pertemuan ngo nusantara di Aceh telah sepakat dengan 11 poin resolusi. Pelbagai tuntutan telah dibuat berdasarkan kepada resolusi tersebut. Namun tidak memberi kesan. Bahkan pada bulan Oktober 2016, berlaku lagi serangan terhadap sdr Rohingya di Mong Daw, Myanmar.
HASIL MESYUARAT PERTEMUAN NGO/LSM NUSANTARA DIDAYAH DARUL MUJAHIDIN PADA 4 JULAI 2015/17 RAMADHAN 1437HKAMI SEPAKAT ATAS PERKARA-PERKARA SEBAGAIBERIKUT:
1. Menuntut kedutaan besar Myanmar dan kaki tangan kedutaan Myanmar di seluruh negara Asean untuk keluar daripada Asean
2. Kami akan mendesak pemerintah Negara-negara asean untuk memberhentikan izin kerja kepada pekerja Myanmar
3. Kami akan melancarkan kempen agresif bersama semua Negara – negara asean untuk memboikot semua produk dan urusan perdagangan dari Myanmar
4. Pemerintah Myanmar perlu mengakui status warga negaranya dan memperhentikan genosida (kejahatan kemanusiaan) dan memberhentikan perlakuan yang tidak berprikemanusiaan kepada etnik Rohingya
5. Pemerintah Myanmar menerima kembali semua etnik Rohingya sebagai warga Negara Myanmar yang sah dan memberi hak sebagai warga Negara sepenuhnya
6. Memulangkan semua asset harta benda dan tanah kepada etnik Rohingya sebagai warga Negara
7. Menyerukan semua komunitas–komunitas Budha di Asean untuk melakukan tekanan kepada pemimpin Budha dan seluruh penganut Budha di Myanmar untuk berlaku adil kepada etnik Rohingya
8. Mendesak pimpinan majelis Buddha di Asean untuk memberhentikan tindakan diskriminasi terhadap Rohingya
9. Membuka akses bagi media massa antarabangsa,pengamat sosial dan Ngo untuk masuk ke Arakan Myanmar bagi mendapatkan info sebenar.
10. PBB,OIC dan ASEAN perlu mengambil tindakan tegas kepada pemerintah Myanmar atas perlakuannya yang lalu dan akan datang.
11. Jika tuntutan kami ini tidak di laksanakan , kami akan menyeru umat Islam di seluruh dunia untuk berangkat menyelamatkan saudara-saudara kami di Myanmar.
GERAKAN NUSANTARA SELAMATKAN ROHINGYA (GENUSRA)
Foto di bawah: Diadakan di Markaz FPI Aceh





2 Disember 2016: Masssa telah mengundang sekali lagi Ngo nusantara dan wakil beberapa ketua Ngo Rohingya di KL hingga bersepakat mewujudkan IRC (International Rohingya Council).
Selepas pertemuan ini, Tengku Emma Zuriana telah bersetuju untuk memikul amanah menggerakkan kempen #saveRohingya melalui sebuah program yang diberi nama IF2A.
Ikut serta dalam Mesyuarat Tergempar OIC di KLCC.
Visi: #saveRohingya di mana saja dan mereka dapat kembali ke tanah air di Arakan.
Misi: Menjaring seluruh kekuatan dari Ngo dalam negeri dan luar negeri melalui kerja kempen mendesak Myanmar sehingga menerima kembali sdr Rohingya tanpa syarat.
NGO rasmi yang menaungi program ini:
Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (Masssa berdaftar di Malaysia)
website rasmi: www.masssa2u.com dan www.flotilla2arakan.com
Struktur If2A:
Majlis Eksekutif If2A yang terdiri dari If2A Malaysia, If2a Indonesia, If2A Bangkok dan If2A Patani.
IF2A Negara yang ingin ikut serta harus mempunyai komiti yang terdiri dari pelbagai Ngo.
IF2A Negeri yang mempunyai komiti dari pelbagai ahli dari pelbagai Ngo.
Diketuai oleh: Penasihat@Founder If2A Mustapa Mansor bin Amer Mohd Isa (foto di bawah)
Berpengalaman dalam beberapa misi antarabangsa:
Freedom Flotilla to Gaza (2010), Asia Caravan to Gaza (Dis 2010), Global March To Jeruselem (Apr 2012), Radig – Misi Ramadhan di Gaza (2010 – 2012). Misi Bantuan ke Gaza ( sejak 2009 ). R4peace pasca Rabaah di Mesir (Ogos 2013), Misi fact finding ke Syria (Sept 2013 dan diculik ISIS), Misi r4peace ke KL- Patani – Bangkok – Measot ( Julai 2013), R4peace ke Syria jalan darat dari Istanbul ke Syria (Dis 2013). R4peace Qurban KL – Patani – Bangkok – Kemboja – Vietnam (2014), R4peace Misi save Rohingya di Aceh 2015.
Foto di bawah kami (saya bersama 13 orang dari Malaysia, Turki dan Syria) ditahan dan diculik ISIS di Idlib Syria selama 8 jam
Antara aktiviti IF2A :
- Membentuk komiti IF2A Malaysia. dan Asean (Majlis Eksekutif IF2A).
- Jelajah ke wilayah Timur Malaysia ( Pahang, Terengganu, Kelantan ), Utara Malaysia ( Penang , Kedah, Perlis dan masuk hingga ke Patani), Selatan Malaysia ( Negeri Sembilan, Melaka dan Johor). Datuk Sahar ke beberapa negara Asean.
- Bulan Februari 2017. Misi fact Finding ke Bangladesh telah dilaksanakan bersama 5 orang wakil Masssa
- Mac 2017. Pelancaran IF2A Indonesia di Bandung. Komiti If2A Indonesia berjaya dibentuk yang diketuai oleh Ust Tatan Santana. Beberapa program kempen di Bandung telah berjaya diadakan dan mendapat sambutan luar biasa.
- Jun 2017. Ikut serta bersama dalam misi Konvoi Ramadhan bersama Rohingya dan Patani yang diurus oleh team #r4peace. Beberapa fakta lapangan berjaya diperolehi terutama dari pelarian Rohingya di Malaysia dan sempadan Thailand (Sadao).
- Julai 2017. Mesyuarat pertama komiti IF2A Melaka telah diadakan di Melaka dan melakar beberapa kesepakatan terutama yang berkaitan dengan keselamatan, Hak asasi dan kebajikan pelarian Rohingya khasnya di Melaka.
- Pada 12 dan 13 Julai. Team If2A Melaka, r4peace dan pelabagai ngo lain telah turun padang di sekitar bandar Melaka. Beberapa fakta lapangan telah berjaya diperolehi dan 2 kes kesihatan telah dirujuk ke pihak hospital Melaka.
- Beberapa siri penerangan akan dilakukan di sekitar Melaka dan mendapatkan sokongan dari beberapa pihak spt UITM Melaka dan kerajaan negeri Melaka.
- Program Qurban untuk Rohingya juga akan diadakan pada eidul adha nanti.
- Beberapa training internal IF2A juga akan diadakan dalam bulan Julai 2017.
Foto di atas: No akaun yang digunakan untuk di Malaysia.
Foto di bawah: Kempen If2A di Patani di bawah kerjasama Majlis Agama Islam Patani. (Bro Syarif ketua IF2A Patani sedang menerima kutipan untuk aktiviti bantuan ke Syria dan Rohingya)
Foto di bawah: Majlis pelancaran If2A Indonesia di Bandung. Di ketuai oleh ust Tatan Ahmad Santana (Berbaju batik dan bersongkok).
Foto di bawah: Komiti IF2A Malaysia ( Tengku Emma menarik diri dari IF2A atas sebab alasan keluarga). Beliau digantikan oleh Datuk Sahar bagi mengetuai IF2A Malaysia.
Foto di bawah; Antara aktiviti yang telah dilaksanakan.
#saveRohingya
13 Julai 2017.
Team #if2aMelaka dan #r4peace telah turun padang bagi menjejaki pelarian Rohingya di sekitar Melaka.
Tahniah kpd semua yg berani dan berkomitmen tinggi bersama sdr #Rohingyayg tertindas.
Laporan Maznah Ibrahim..
“Kita dah berada dlm rumah Johar bin Anwar 27 thn.Isteri Parwin binti Muhammad Suan 21 thn dijangka bersalin pada 18hb Julai ini.Kita dapati suami bekerja namun majikan tiada membayar gaji selama 3 bulan.2 bulan tertunggak bayaran sewa rumah.tkasih.”
Semalam Datuk Sahar Road telah mendapatkan butiran keperluan untuk bersalin. ( Lampiran Foto).
Ayuh kita bantu mereka..!
www.masssa2u.com
www.flotilla2arakan.com



Misi sdh bermula tadi pagi. InsyaAllah akan diteruskan bermula dari Melaka.
Semoga semua pihak dapat memberi kerjasama agar masalah pelarian Rohingya dapat kita tuntaskan pada tahun ini.
Desakan dari semua ngo mesti diperkasakan.