Misi Kemanusiaan-R4Peace

 

76568 76574 76576 76580 76581 76586 76590

Bersempena dengan acara peringatan Mavi Marmara pada 31st May 2015 di Istanbul dan hadir ke mahkamah Tinggi Turki atas tuntutan kepada Israel pada 2 nd Jun 2015, MaSSSA bercadang untuk mengadakan Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Syria dari 30th May 2015 hingga 7th Jun 2015.

Jika ada yang berminat sila pm kami atau komen ok ikut. Kami akan followup.

Kelebihan:
a. Dapat bertemu dengan relawan antarabangsa yang pernah bersama di kapal Mavi Marmara.
b. Memahami dengan dekat proses undang-undang yang diambil terhadap Israel. Pelajaran terbaik untuk menuntut hak-hak kemanusiaan dari bapak teroris.
c. Menziarahi peninggalan bersejarah Kerajaan Othmaniah di beberapa tempat di Turki.
d. Pertemuan dengan ngo-ngo Turki dan tokoh-tokoh ulama yang membantu rakyat Syria.
e. Berkunjung dan menyerahkan bantuan ke kem pelarian Syria di sempadan Turki – Syria.

Pendaftaran: Dari sekarang hingga 15 May 2015.

Jemputan dari penganjur:
“We would like you to plan from now for the Mavi Marmara anniversary activities which are going to take place on the 31st of May 2015 and the court hearing going to take place one day after on the 2nd of June 2015.”

Mohon disebarkan..!

 Iternari:

31 may: Acara Peringatan Mavi Marmara di Istanbul.

1/jun: Pertemuan dgn Rabitah Ulama Syria di Istanbul, ngo Turki  dan ziarah di sekitar Istanbul.

2/jun: Ke mahkamah Turki tuntutan kes Mavi Marmara. Team yg bawa masuk bantuan ke Idlib diwakili oleh wakil Patani, Malaysia dan Indonesia bergerak awal hga 5/Jun. (3 orang saja).

Yg tidak masuk ke Syria bergerak Ke Hatai 3 Jun dgn pesawat: Kem pelarian Syria dan Turki.

5/Jun hga 6/Jun balik ke Istanbul..Beberapa pertemuan dgn student Malaysia dan Indonesia. Ziarah tempat yg bersejarah.

7/jun: postmortem, deklarasi dan balik.

https://youtu.be/xSmrHPqPS1o

www.masssa2.com

#r4peace 1, Kul – Patani – Bangkok – Measot (sempadan Myanmar) 2013

 Pengalaman peertama Misi Keamanan Road For Peace pada tahun 2013

Misi keamanan Malaysia-Thailand-Myanmar dianjur

KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya, Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MaSSSA) akan menganjurkan misi ‘Kembara Keamanan’ bagi menyebarkan mesej keamanan dan kedamaian membabitkan tiga negara Malaysia, Thailand dan Myanmar.

Pengerusi MaSSSA Mustapa Mansor berkata setakat ini 48 peserta dari Malaysia, Indonesia dan Thailand akan menyertai misi itu.

“Peserta akan menggunakan kenderaan 4×4 (pacuan empat roda) dan MPV untuk merentasi lokasi yang dipilih selama sembilan hari mulai 13 hingga 21 Julai,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Setiausaha Agung MaSSSA Mohd Nazri Sahat pula berkata pengembaraan itu akan membawa peserta ke negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah, sebelum memasuki Pattani dan Mae Sot di Thailand dan Myanmar.

“Tujuan kami mengikuti jalan darat ini kerana ingin menonjolkan suatu mesej yang sangat penting di setiap hentian yang kita lalui iaitu, mesej keamanan dari Malaysia,” katanya dan menambah semasa misi itu, peserta akan mengambil peluang untuk berjumpa pemimpin NGO (badan bukan kerajaan) serta masyarakat di kawasan berkenaan.

Kembara Keamanan adalah hasil usaha kerjasama MaSSSA dengan NGO dari Indonesia iaitu Hilal Ahmar Society Indonesia dan Gabungan NGO Pattani Thailand.

Mohd Nazri juga berkata ‘Konvensyen Solidariti NGO Asean’ akan diadakan pada 12 Julai di negara ini, bertujuan mengingatkan peserta betapa pentingnya keamanan dan kefahaman mengenai hak asasi manusia.

“Ramai di kalangan kita tidak tahu bahawa kita mempunyai hak walaupun kita menjadi umat Islam minoriti di sesebuah negara yang bukan Islam. Kenapa kita ditindas sampai sekarang kerana kita terlupa atau mungkin kita langsung tidak mengetahui mengenai hak tersebut,” katanya pada sidang akhbar yang sama.

Beliau merujuk kepada Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Deklarasi Hak Asasi Asean dan Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia Dalam Pandangan Islam oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Selain itu, konvensyen tersebut adalah untuk memberi kefahaman yang sebenarnya mengenai permasalahan umat Islam di negara Asean khususnya di selatan Thailand dan Myanmar.

Pengembaraan misi keamanan Malaysia-Thailand-Myanmar adalah siri pertama daripada enam siri meliputi Malaysia-Indonesia, Malaysia-Bangladesh-India- Pakistan-Afghanistan, Malaysia-Iran-Iraq, Malaysia-Turki-Syria dan Malaysia Mesir-Gaza-Jordan-Baitulmaqdis-Palestin.

Maklumat tambahan boleh didapati di Facebook ‘Road For Peace’. – Bernama

2 thoughts on “Misi Kemanusiaan-R4Peace”

  1. walaupun sya tidak mampu untuk melawan tentera zionis. dengan sumbangan saya memberi bantuan tu dah mampu membuat hati saya gembira dan bersyukur.. boleh sy tahu macam mana nk masuk sukarelawan sebab saya masih menuntut di universiti lg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#masssa2u.com