Pertemuan dengan pimpinan Ikhwan Muslimin Syria.

Hadir sama dalam pertemuan dengan pimpinan Ikhwan Muslimin Syria dan beberapa Ngo Malaysia. Sedikit sedutan dari ucapan Dr. Amer Albo Salama yang sangat penting.
Revolusi Syria adalah revolusi rakyat bukan revolusi dari kelumpuk tertentu atau parti tertentu setelah puluhan tahun ditindas oleh regim Assad.
Ada 3 perkara yang dituntut oleh rakyat Syria dalam revolusi atau perjuangan mereka :
1. Keadilan dalam makna yang luas.
2. Kebebasan/hurriah. Selama berada di bawah regim Assad rakyat tidak dapat merasakan kebebasan.
3. Hak asasi manusia. Hak bersuara, hidup yang layak dan hak mencari rezqi untuk kehidupan. Regim menindas tanpa perikemanusiaan. Setelah rakyat bangkit secara aman dan regim menggunakan kekerasan sehingga tercatat:
a. Seramai 300,000 syuhada dan separuh dari rakyatnya telah menjadi pelarian.
b. Rakyat Syria boleh bersabar dgn berbagai tindakan regim. Rakyat Suria boleh bersabar kerana sejak dari awal mereka mengikuti faham wasatiah ahli sunnah melalui pengajaran ramai syeikh yang sangat terkenal di sana.
c. Kemudian regim dengan perancangan bersama Hizbullat mewujudkan ISIS utk merosakkan revolusi rakyat Syria.
Pada hakikatnya rakyat Syria telah menguasai 70 % wilayah Syria lalu IS ambil kesempatan merosakkan revolusi ini dari dalam dgn melakukan kezaliman lebih dahsyat dari Regim. Jadi rakyat Syria terhimpit di semua segi, regim dan IS. Seprti wang siling depan dan belakangnya.
Namun ideologi IS yang ganas tidak diterima oleh rakyat Syria dan insyaAllah ini semua ini akan berakhir.
Semoga rakyat Malaysia tidak terkeliru lagi dengan isu IS dan kami tidak perlukan mujahidin dari luar untuk menamatkan perjuangan kami.
Jika ada yang ingin membantu silakan bantu anak-anak yatim, makanan/minuman, ubat-ubatan dan pendidikan melalui ngo yang rasmi.

Jazakumullah bro Aiman Khairul Azzam, ust Haris, Dr. Tahir, ‪#‎mycare‬ dan ‪#‎Ikram‬ atas program semalam.

10424286_10205918638198092_8176042265926230699_n10404122_10205918638518100_1864795202580811096_n11071007_10205918637558076_7478995652106528407_n1907438_10205918636598052_4476485567853428028_n11070610_10205918636958061_8752474291456121793_ndgn irfan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *