Rakyat Syria masih belum terbela..?

Perjalanan dari Ipoh ke Kl malam ini amat lembab. Beginilah setiap kali musim cuti sekolah. Sepanjang perjalanan yg lembab ini fikiran menerawang ke beberapa persoalan hidup. Antaranya:
1. Sikap umat terhadap Syria. Mereka benar-benar terlantar. Pemimpin negara OIC yg nampak tegas dlm isu ini hanya Erdogan. Jika di Malaysia samada parti pemerintah atau pembangkang belum nampak komitmen yg serius utk rakyat Syria. Apakah kerana kurang mendapat sokongan politik jika kita berbicara soal hak manusia yg tertindas..? Sama saja di Indonesia bahkan jika dilihat dari segi jumlah penduduk Muslimnya paling ramai di dunia..tetap saja loyo..Belum ada demo besar-besaran dari lsm atau ngo di sana yg mendesak tegas agar kedutaan Rusia dan Syria dihalau..!
2. Yang saya perhatikan pemimpin umat ini jika di Malaysia, tenggelam dgn isu korupsi, pecah amanah dan penuh dgn cacat celanya di sana sini. Yang pembangkang pula berantakan dengan isu dalaman yg tidak pernah susut. Mungkin berbeda dikit dgn Indonesia tapi, hakikatnya mereka sibuk mengurus isu internal negara dan organisasi hingga nggak bisa lagi berfikir di luar dari itu semua.
3. Isu Syiah yg sangat serius hingga boleh menghancurkan sesebuah negara cair akibat lontaran idea tohmahan faham Wahabi yg sengaja diapungkan oleh kelumpuk pendokong syiah. Lalu perang dingin antara kelumpuk memanas sehingga ancaman yg tidak masuk akal. Di Aceh dan di Jawa Barat misalnya, perbezaan faham ini sudah terasa sekali panasnya. Memanas di kalangan sunni bukan memanas untuk memerangi syiah. Inilah kegagalan kita dlm melihat sesebuah permasalahan dan isu.
4. Serangan di Paris spt bom yg memusnahkan tindakan kejam Rusia, Assad, Iran dan Hizbullat terhadap rakyat Syria. Begitu juga kekejaman Israel hampir padam dari media dunia. Israel berdiri kerana dokongan siapa..? Isis berdiri kerana perancangan siapa..? Umat masih terkeliru dan dengan mudah ditipu. Musuh gunakan berbagai strategi yg diulang tetap saja dikonsumsi. Inilah kemalangan tragis buat umat ini.
5. Solusinya apa pak..? Ya perlu kembali ke meja rundingan dari pelbagai pihak dan mengambil satu resolusi. Dari peringkat tertinggi hinggalah kpd yg terendah wajib memahaminya. Jika tidak kita hentikan kekeliruan ini maka generasi akan datang akan terus mengulanginya sampai bila-bila.

Ikhlas dari meja Pengerusi MaSSSA
www.masssa2u.com
‪#‎r4peace‬

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *