Ya Allah, sebelum berbuka tadi dan selepas berbuka menerima panggilan telepon dari sdr Rohingya di Ampang. Dengan nada terbata-bata sdr pelarian Rohingya meminta tolong..”Abang, saya mana ada wang hari-hari #polis minta wang rm 400, rm 500 satu orang. Saya makan pun susah macamana saya boleh bagi #polis?…” Apa yang dapat saya katakan kepada mereka.”Jangan bagi dan jika mereka minta juga sila bagi no telepon saya, biar polis telepon saya..!!”. Maknanya #polis masih ugut p…


Singkat saja pertemuan semalam. Sebelum berbuka hinggalah solat maghrib bersama ust dan pelajar ma’had Tahfiz anak-anak Rohingya. Ada beberapa hal yang terkesan kpd saya:
1. Pelajar tahfiz ini adalah anak-anak pelarian Rohingya dari seluruh Malaysia. Jumlah semuanya 67 orang (lelaki dan perempuan.).
2. Kos sebulan sekitar rm 20,000. ‛ oleh umat. (Peluang untuk membantu amat ).
3. Asrama tempat anak-anak ini istirehat sangat sempit. Ada yg 15 orang dalam satu bilik. …

Mereka tinggalkan kampung halaman, menyeberangi.lautan, mencari tempat berteduh, ada yg diculik dan diperdagangkan. Mereka yang terselamat kemudian ditahan di imigresyen dan dikenakan hukuman tahanan selama 3 bulan. Mereka dikeluarkan oleh teman sekampung atau ketua NGO komuniti mereka spt #erca dll. Mereka berurusan pula dgn UNHCR untuk mendapatkan kad pelarian. Akhirnya sementara menunggu nasib yang tidak pasti, mereka terus berusaha untuk hidup. Mereka mengumpul besi buruk dan menjualnya ke tempat penampungan beside buruk. Biasanya mereka mem perolehi sekitar rm 20 – rm 30 sehari. Inilah perjalanan singkat hidup pelarian Rohingya di Malaysia. Mari kita tingkatkan kepedulian di bulan Ramadhan yg mulia INI..@abugazaasyriaa @ibnurosman @yatthamzah @nurhelizahelmi @lulululla @ikalujain @sham_mujahadah

Sebelum kembali ke KL, singgah sebentar di Kg. Ulu Chepor dan Ipoh. Ngobrol panjang dengan anak-anak soal pengalaman hidup, isu Rohingya dan politik negara. Ada isu yang sangat menarik untuk direnung bersama soal gempa bumi di Gunung Kinabalu. Media kita seperti menyalahkan orang yang berbogel..? Lucu juga kerana takrif maksiat hanya terfokus kpd aksi bogel dan yang sepertinya. Apakah melenyapkan wang negara itu bukan maksiat? Donia…@abugazaasyriaa @ibnurosman

Alhamdulillah, kami dapat tiba dan meninjau depo tahanan dari tempat pengawal Imigresyen.. Dari segi tempat, 4 x makan sehari, perhatian dari segi kesihatan dan tempat tidur rasanya sudah bagus jika dibandingkan dgn di kem pelarian Acheh. Bukan maksudnya merendahkan tetapi sekadar perbandingan. Maka saya rasa bantuan lebih baik kita fokus ke Acheh dan Padang Besar. Thailand.


